Walkie Talkie ! :)

Namaku 'Duit'...

Cerita Sang 'duit'...

Nama aku DUIT, kadang orang panggil aku wang, fulus dan mcm-mcm lagi.  Rupa aku biasa je, badan aku lemah tapi aku boleh membuatkan satu dunia inginkan aku.  Aku juga boleh merubah sifat seseorang manusia, kerana  manusia mengidolakan aku.

Banyak orang merubah keperibadiannya, mengkhianati kawan, memutuskan persaudaraan, menjual maruah malahan meninggalkan keyakinan imannya, demi aku!  Aku tak mengerti perbezaan orang senang dengan orang susah, tetapi manusia memakai aku untuk dijadikan loncatan darjat menentukan kaya miskin dan terhormat atau terhina.      

Aku bukan Iblis, tapi seringkali manusia melakukan  kejahatan demi mendapatkan aku. Aku juga bukan orang ketiga, tetapi banyak suami isteri  bergaduh dan berpisah kerana aku. Anak dan ibubapa  berselisihan kerana aku. Sangat jelas juga aku bukan tuhan, tapi manusia  menyembah aku seperti tuhan, bahkan kerap kali hamba-hamba tuhan lebih menghormati aku, padahal seringkali kita diingatkan supaya jangan sesekali menjadi hamba duit. Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapapun, tetapi ramai orang yang rela mati demi aku.

Ingin aku ingatkan bahawa aku hanya boleh menjadi alat untuk membayar resit ubat, tetapi aku tidak mampu untuk memanjangkan jangka hayat hidup seseorang. Sedarkah anda, aku juga satu alat yang boleh membuatkan  kamu bersedekah dan memperolehi pahala dan  keberkatanNya. Kebanyakan orang sanggup bekerja demi aku siang dan  malam. Walhal, tidak kah mereka sedar bahawa aku sebaliknya boleh bekerja untuk mereka dengan lebih effisien lagi.

Andai aku digunakan untuk bersedekah, nescaya aku tidak  akan pernah putus dari kamu. Aku akan sering mendatangi kamu dengan keberkatan dari Nya. Gunakanlah aku ke jalan yang diredhai olehNya.

Yang benar, 
Duit..

:: Pilihan ditangan kita. Kita kejar duit dan belanjakan pada jalan yang kurang berfaedah. Tapi duit berpesan, jika kita sedekahkannya di jalan yang benar, ia akan datang sendiri pada kita...

No comments: